Wednesday, January 25, 2012

NOTA


  1. Jika kita mencintai seseorang , kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita
  2. Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan , dua tangan untuk memegang , dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat .Tetapi mengapa tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita ? kerana tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya . itulah namanya cinta 
  3. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba .Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup . Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya . 
  4. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu , tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya
  5. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati , sehinggalah kamu kehilangannya . Pada saat itu , tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah kembali